PKPD Di Kampung Sadong Jaya Laut Terus Dilaksanakan

SELASA, 29 JUN 2021

ASAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Kampung Sadong Jaya Laut yang melibatkan seramai kira-kira 167 keluarga terus dilaksanakan bagi mengekang penularan jangkitan kes COVID-19 disitu.

Hasil tinjauan pada Selasa mendapati terdapat tujuh sekatan jalan raya (SJR)  bagi mengawal jalan keluar dan masuk di kawasan itu.

Penduduk juga tidak dibenarkan keluar dan orang luar juga tidak dibenarkan masuk ke kampung berkenaan.

Penguatkuasaan PKPD di kawasan berkenaan telah diisytiharkan pada Isnin oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) setelah dilaporkan kes jangkitan tempatan yang meningkat.-EDISI UKAS