3,120 Penduduk Gedong Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Setakat Ini

RABU, 30 JUN 2021

GEDONG: Seramai 3,120 orang penduduk kawasan Gedong telah menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac bagi dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Gedong setakat ini.

Daripada jumlah itu, seramai 520 orang penduduk yang mendapat temujanji telah hadir dan menerima suntikan vaksin COVID-19 di PPV tersebut pada Rabu iaitu hari keenam PPV tersebut beroperasi.

Menerusi tinjauan UKAS, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut membantu untuk memastikan program berjalan dengan lancar dan teratur mengikut garis panduan SOP yang ditetapkan.

PPV Dewan Masyarakat Gedong menetapkan sasaran untuk memberikan suntikan vaksin COVID-19 tidak kurang dari 8,000 penduduk yang layak dan telah berdaftar.

Dalam pada itu, Zon Gedong juga menyasarkan sebanyak 4,000 slot vaksin dalam tempoh lapan hari program berlangsung di mana kira-kira 400 hingga 500 dos sehari bagi penduduk Gedong sahaja. -EDISI UKAS