Lebih 13,000 KIR DUN Lambir Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang Termasuk Di Luar Kawasan

RABU, 30 JUN 2021

MIRI: Proses pengagihan bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir diteruskan di bandaraya Miri. 

Bantuan makanan ini diagihkan kepada pengundi DUN Lambir yang berada di luar kawasan iaitu di Bandaraya Miri seperti di Pujut, Piasau dan Senadin pada Selasa.

Agihan dibuat menerusi PBB Cawangan Pujut dan Piasau. 

Sehingga kini, lebih 13,000 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bantuan tersebut bagi kawasan DUN Lambir yang diagihkan secara berperingkat melalui Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), tuai-tuai rumah, Cawangan-cawangan PBB dan dari rumah ke rumah.  -EDISI UKAS

Share
0

add comment