Syarikat Perladangan Kelapa Sawit Sumbang 10 Unit Meja Kepada Pejabat Daerah, PPV Dewan Masyarakat Beluru

RABU, 30 JUN 2021

BELURU: Sebuah syarikat perladangan Ladang Real Holistik Sdn Bhd telah memberikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berupa 10 unit Meja Banquet kepada Pejabat Daerah Beluru dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Beluru.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah diserahkan wakil syarikat kepada Pegawai Daerah Beluru Alfred Geling selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beluru di Pejabat Daerah Beluru pada Selasa. 

Sumbangan ini bagi melancarkan lagi proses vaksinasi di PPV  Dewan Masyarakat Beluru dan keperluan pengurusan di Pejabat Daerah Beluru. -EDISI UKAS

Share
0

add comment