187 Penerima Vaksin Dos Kedua Di PPV Dewan SJK (C) Kee Tee

KHAMIS, 1 JULAI 2021

LONG LAMA: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Long Lama diteruskan dengan pemberian vaksin dos kedua sebagai pelengkap kepada proses vaksinasi. 

Tinjauan wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan SJK (C) Kee Tee pada Rabu, sejumlah 187 penerima hadir berbanding jumlah sebenar 200 penerima. 

Jumlah ini disebabkan ada penerima yang tidak dapat hadir kerana kediaman atau rumah panjang mereka dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akibat penularan COVID-19.

Susulan itu, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengatur semula satu temu janji baharu bagi membenarkan mereka mengambil dos kedua lengkap selepas tamat PKPD. -EDISI UKAS

Share
0

add comment