JPBNS Terima Sumbangan Daripada LDS Charities & Rotary Club of Bintulu Central

KHAMIS, 1 JULAI 2021

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Latter-Day Saint (LDS) Charities kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada Khamis.

Beliau berkata, LDS Charities bekerjasama dengan Rotary Club of Bintulu Central (RCBC) telah menyumbangkan sejumlah 11,050 unit peralatan perlindungan diri (PPE) dan 30,000 unit pelitup hidung dan mulut jenis KN95 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuching, Hospital Umum Sibu, KKM Sibu, KKM Bintulu, Hospital Umum Bintulu dan KKM Miri.

“Seperti yang saya selalu nyatakan sebelum ini, sumbangan bukan terletak pada jumlahnya tetapi ianya membuktikan semua orang boleh menyumbang dan semangat yang boleh diberikan.

“Sumbangan tersebut akan memberikan inspirasi dan menjadi tanda terima kasih kepada petugas barisan hadapan sebagai simbolik sokongan daripada orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Sim berharap agar semua pihak terutamanya seluruh rakyat Sarawak terus berganding bahu memerangi wabak COVID-19. –EDISI UKAS