Pejabat Daerah Marudi Dan Pejabat Kesihatan Daerah Marudi Pergiatkan PICK

KHAMIS, 1 JULAI 2021

MARUDI: Pejabat Daerah Marudi dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Marudi sedang mempergiatkan proses vaksinasi COVID-19. 

Sehingga kini, Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 (PICK) Daerah Marudi berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakan daripada orang ramai. 

Tinjauan wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Marudi pada Rabu, seramai 1,000 orang penduduk telah menerima vaksin COVID-19. 

Di PPV Dewan Suarah Marudi tidak membenarkan kaedah ‘walk-in’ sebaliknya menggunakan kaedah MySejahtera dan ‘hibrid’. 

Sejak menggunakan kaedah hibrid, sistem ini amat berkesan dengan kerjasama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Pejabat Daerah Marudi serta petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memudahkan temu janji penduduk untuk mendapatkan suntikan vaksin mereka.

Selain menjimatkan masa, setiap penduduk akan menerima vaksin COVID-19 akan segera mengetahui temu janji mereka khususnya bagi mereka yang bekerja di luar daerah ini. 

Sementara itu, menurut Ketua Masyarakat Melayu Kawasan Marudi Jamel Sabel, pihak mereka kini dalam fasa pemutihan bagi mengenal pasti penduduk yang belum mendaftar untuk temu janji terima vaksin dan mereka diminta berbuat demikian melalui KMKK masing-masing. 

Penduduk diharap hadir semasa temu janji mereka mengikut jadual dan masa yang ditetapkan serta bersabar bagi mereka yang belum dipanggil sehingga gilira

Share
0

add comment