Tinjauan Hari Pertama Program PPV Klinik Kesihatan Jalan Masjid

KHAMIS, 1 JULAI 2021

KUCHING: Tinjauan hari pertama di Pusat Pemberian Vaksin Klinik Kesihatan Jalan Masjid pada Rabu telah menyasarkan 600 orang penerima namun hanya 570 orang yang hadir untuk mendapatkan vaksin di situ. 

Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak, Datu Ik Pahon Joyik sempat meluangkan masa meninjau perlaksanaan PPV di situ.

Datu Ik pahon yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berpuas hati dengan kelancaran proses disitu dan menyeru orang ramai agar sentiasa peka dengan temujanji untuk menerima vaksin. 

Purata durasi utk setiap penerima dari pendaftaran sehingga suntikan vaksinasi di dapati lebih kurang 30 minit.-EDISI UKAS

Share
0

add comment