Abdul Aziz Dilantik Sebagai Residen Bahagian Miri Berkuatkuasa 1 Julai

JUMAAT, 2 JULAI 2021

MIRI: Berkuatkuasa 1 Julai 2021, Abdul Aziz Mohd Yusuf dilantik sebagai Residen Bahagian Miri.

Menurut Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin dalam kenyataan media pada Khamis, pelantikan Abdul Aziz sangat tepat memandangkan pengalamannya dalam mentadbir Bahagian Miri. 

“Beliau telah bersama dengan kita dalam mendepani pandemik COVID-19 ini. 

“Tahniah diucapkan dan semoga terus maju jaya dan seterusnya membawa kemajuan dan pembangunan kepada Bahagian Miri,” katanya. 

Terdahulu, Datuk Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak telah hadir menyaksikan Abdul Aziz menandatangani Sijil Pelaporan Kehadiran sebagai Residen Bahagian Miri bertarikh 1 Julai 2021 di Pejabat Residen Bahagian Miri pada Khamis. 

Abdul Aziz berkelulusan Ijazah Sarjana Kewangan dan Pemasaran Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Oklahoma, Amerika Syarikat telah berkhidmat sebagai Pemangku Residen Bahagian Miri sejak Mac 2020. -EDISI UKAS

Share
0

add comment