Dato Sri Fatimah Tinjau Tapak Projek Pejabat Daerah Kecil Oya Yang Baharu

JUMAAT, 2 JULAI 2021

DALAT: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah telah melakukan tinjauan ke tapak projek Pejabat Daerah Kecil Oya yang baharu baru-baru ini.

Beliau memberitahu, kos projek bagi membina Pejabat Daerah Kecil yang baharu termasuk membaik pulih pejabat sementara adalah berjumlah RM5.5 juta.

Jelasnya, setelah mendapat maklum balas daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), pejabat yang lama tidak dapat dibaiki dan tidak selamat digunakan lagi.

“Kakitangan Pejabat Daerah Kecil Oya kini beroperasi di kuarters yang telah di ubahsuai untuk dijadikan sebagai pejabat sementara.

“Kerja-kerja merobohkan bangunan lama pejabat tersebut telah pun dimulakan dan dijangka mengambil masa selama dua minggu,” katanya.

Beliau menambah, proses pembinaan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan merangkumi peringkat meroboh, baik pulih pejabat sementara dan pembinaan pejabat daerah yang baharu. –EDISI UKAS