JBPM Hantar Bantuan Makanan Guna Pengangkutan Udara Kepada Penduduk

JUMAAT, 2 JULAI 2021

MULU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marudi menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Marudi telah menghantar bantuan makanan kepada penduduk yang dikenakan kuarantin kendiri di kediaman masing-masing di Daerah Mulu. 

Penghantaran bantuan makanan ini telah dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan menggunakan helikopter pada Khamis. 

Sebanyak 154 pek makanan telah dihantar kepada 79 buah keluarga yang sedang menjalani kuarantin. -EDISI UKAS

Share
0

add comment