JUMAAT, 2 JULAI 2021
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Kemajuan Bintulu di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Jumaat.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu, Muhamad Yakup Kari yang telah mengetuai rombongan tersebut memberitahu, kunjungan hormat itu bertujuan bagi menyerahkan sumbangan cek berjumlah RM1 juta.
“Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk memberikan bantuan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memperolehi vaksin dan sebagainya.
“Walaupun di Bintulu, pihak kami tetap menyokong usaha JPBNS dan memastikan peperangan kita ketika pandemik ini berjaya,” katanya. –EDISI UKAS