Kerajaan Brunei Sumbang Peralatan Perubatan Berjumlah RM1.7 Juta Kepada Malaysia

JUMAAT, 2 JULAI 2021

LAWAS: Kerajaan Brunei Darusalam telah menyampaikan sumbangan peralatan perubatan kepada Kerajaan Malaysia dalam membendung penularan wabak pandemik COVID-19. 

Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Hospital dan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) telah diadakan di Perkarangan Pos Kawalan Labu, Temburong dengan Pos Kawalan CIQS, Mengkalap, Trusan  pada Khamis. 

Sumbangan tersebut berupa 10 buah mesin vantilator dan 200 PPE keping yang berjumlah RM1.7 juta.

Peralatan ini akan diagihkan kepada tiga wilayah iaitu Sarawak, Labuan dan Sabah, dan diuruskan KKM Daerah Lawas. 

Selepas penyerahan sumbangan peralatan perubatan, KKM Daerah Lawas terus mengagihkan peralatan perubatan sumbangan Kerajaan Negara Brunei itu kepada Hospital Lawas manakala untuk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dihantar ke pintu sempadan Sendumin, Sepitang dan Merapok, Lawas. 

Pada majlis itu, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam Dr. Zulaidi Abdul Latif telah melekatkan pelekat lambang bendera negara Brunei Darussalam dan lambang bendera Malaysia sebagai tanda penyerahan secara simbolik kepada wakil kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sarawak Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr. Azliee Ayub. 

Mewakili Kerajaan Malaysia, Dr. Azliee mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negara Brunei Darussalam yang menerahkan sumbangan peralatan kesihatan kepada Kerajaan Malaysia khususnya untuk keperluan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Manakala, bagi wakil Kerajaan Negara Brunei Darussalam, selaku negara berjiran sememangnya satu tanggungjawap saling bantu membantu dalam apa jua bentuk bantuan yang perlu di salurkan dan semua ini adalah tulus ikhlas 

Hadir sama Penolong Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr. Wong Chia Yee, Penolong Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Khairul Rezuan Roslan, Pegawai Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam, wakil dari Kementerian Luar Negeri Negara Brunei Darussalam, Pengarah Hospital Lawas, wakil Jabatan Imigresen Malaysia dan wakil Jabatan Kastam. -EDISI UKAS

Share
0

add comment