Medan Selera Daro Mercu Tanda Baharu Pekan Daro

JUMAAT, 2 JULAI 2021

DARO: Medan Selera Daro menjadi sebuah lagi mercu tanda baharu yang kini telah mula beroperasi bakal menjadi tarikan kepada pengunjung di pekan Daro.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, projek kerajaan negeri itu menempatkan sebanyak 25 gerai yang telah tertangguh pengoperasiannya sebelum ini.

“Hari ini kita telah mencipta satu lagi sejarah khususnya kita di Pekan Daro kerana hari ini merupakan hari pertama Medan Selera Daro beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UKAS selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci, Kit Pengendali Makanan dan Sumbangan Pembasmi Kuman kepada setiap peniaga Medan Selera Daro pada Khamis.

Tambahnya, walau bagaimanapun perniaga hanya dibenarkan untuk menjalankan perniagaan secara bawa balik sahaja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan.

Beliau juga berharap usaha kerajaan mewujudkan medan selera itu dapat dimanfaat perniaga dengan sebaiknya untuk menambah pendapatan masing-masing.

Dalam pada itu, Safiee berkata, beliau akan melihat keperluan yang sepatutnya perlu dilaksanakan untuk menambah baik kemudahan medan selera itu.

“Sama bersama Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Majlis Daerah Matu dan Daro akan melihat mana-mana yang perlu kita laksanakan bagi menambahbaik atau menceriakan medan selera ini.

“Sebenarnya kita juga telah meluluskan peruntukan untuk membina taman permaianan kanak-kanak untuk tujuan itu,” jelasnya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment