Penduduk Lingga Yang Tercicir Dalam Senarai Sebelum Ini Selesai Dapatkan Vaksin Dos Pertama

JUMAAT, 2 JULAI 2021

SRI AMAN : Seramai 199 penduduk Lingga yang tercicir daripada senarai pada pertengahan Jun lepas telah selesai divaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pejabat Daerah Kecil Lingga, pada Jumaat.

Residen Bahagian Sri Aman, Indit Bangai berkesempatan hadir untuk melihat sendiri kelancaran proses pemvaksinan di PPV berkenaan.

Beliau amat berpuas hati dengan kecekapan petugas dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing disamping berterima kasih kepada penerima yang memberikan sepenuh kerjasama bagi menjayakan program berkenaan.

Proses suntikan vaksin jenis Sinovac bagi dos pertama itu telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan selesai pada jam 4.00 petang.

Dimaklumkan, pemberian vaksin bagi dos kedua bagi penerima yang telah mendapatkan dos pertama sebelum ini pula dilaksanakan pada keesokkan harinya, Sabtu di PPV yang sama. -EDISI UKAS

Share
0

add comment