Sumbang Alat Pendengaran, Nasib Seorang Ibu Tunggal Kini Dapat Mendengar

JUMAAT, 2 JULAI 2021

KUCHING : Takdir seorang ibu tunggal, Nurtang Lenna, 35, yang hilang deria kedengaran dan tidak dapat bercakap sejak kecil telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang.

Prihatin dengan nasib dan keadaan Nurtang yang mempunyai kesukaran menjaga dan mendidik anaknya, Lo Khere Chiang melalui Jawatankuasan Batu 3-6 iaitu Kapitan Kuan Ted Chai dan Penghulu Thian Shin Hwa sebelum ini, telah membuat kutipan derma bagi membeli bantuan alat pendengaran bernilai RM2,800.

Pada Jumaat, Lo Khere Chiang selaku Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Padawan menjadi saksi dalam penyerahan bantuan alat tersebut kepada Nurtang, bertempat di Taman Rekreasi RPR Taman Flora Indah.

Nurtang menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan tersebut yang mana telah merealisasikan impiannya untuk mendengar sejak sekian lama.

Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Parti SUPP Cawangan Batu Kitang,Gerald Goh, Kauselor MPP,Amy Tnay Li Ping serta Pengerusi Pertubuhan Pengerakan Komuniti Kota Padawan, Albert Lee Joo Hee. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia