ADUN Piasau Wujudkan “Food Bank” Di Pusat Khidmat SUPP DUN Piasau

AHAD, 4 JULAI 2021

MIRI: Pusat Khidmat SUPP DUN Piasau telah mewujudkan “Food Bank” kepada golongan yang memerlukan makanan. 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pada Sabtu, program ‘Food Bank’ menyediakan makanan yang siap dimasak kepada golongan yang memerlukan. 

Katanya lagi, setiap individu boleh mengambil dua jenis barangan makanan sahaja termasuk roti dan sayuran bermula pagi hingga petang dan ianya percuma. 

Makanan yang dimasak itu untuk hidangan makan tengah hari dan makan malam.

Jelas Datuk Sebastian Ting yang Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak ‘Food Bank’ bertujuan membantu rakyat yang susah dan terkesan akibat hilang pendapatan  dan pekerjaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -EDISI UKAS

Share
0

add comment