AHAD, 4 JULAI 2021
SEBUYAU: Bagi memastikan projek pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Sarawak berjalan lancar, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di Kampung Bulan Jeragam pada Sabtu.
Antara projek-projek yang dilawat ialah pembinaan baru Dewan Masyarakat yang hampir siap dan pembinaan baru Jalan Kampung Bulan Jeragam yang sepanjang 1.6 kilometer.
Dalam lawatan itu, Datuk Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berpuas hati dengan perkembangan pembinaan projek berkenaan.
Hadir sama daam lawatan tersebut ialah, Pegawai Tadbir Sarawak, Sebuyau, Ajis Ahmad dan Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan, Asli Yahya. -EDISI UKAS