ADUN Senadin Sumbang 13 Unit Medical Cooler Box, ADUN Piasau Sumbang Barangan Makanan

AHAD, 4 JULAI 2021

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin telah menyampaikan sumbangan 13 unit Medical Cooler Box kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Miri pada Sabtu.

Medical Cooler Box untuk kemudahan Pegawai Kesihatan menyampaikan vaksin kepada Klinik Kesihatan terutamanya di kawasan luar bandar.

Dalam pada itu, turut menyampaikan sumbangan ialah ADUN Piasau yang juga Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang menyumbang barangan makanan kepada petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Universiti Curtin. 

Hadir sama Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak Sophian Isswandy Ismail, Pegawai Kesihatan Bahagian, Jabatan Kesihatan Bahagian Dr. P. Raviwharmman Packierisamy dan Pegawai Pejabat Residen Bahagian Miri Rose Edward Tarang. -EDISI UKAS

Share
0

add comment