ADUN Tanjong Datu Tinjau Pusat Pemberian Vaksin Mahligai Gading

AHAD, 4 JULAI 2021

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu meluangkan masa untuk melawat serta meninjau proses vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mahligai Gading pada Sabtu.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL) berkata, seramai 430 penerima telah menerima vaksin pada hari tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menyumbangkan dua buah kerusi roda khas bagi kegunaan di PPV tersebut serta menyumbangkan sebanyak 100 kotak air mineral kepada petugas PPV Mahligai Gading.

Turut dimaklumkan mulai minggu depan, PPV Mahligai Garing juga akan beroperasi khusus untuk Orang Kurang Upaya (OKU) di daerah Lundu.

Dianggarkan terdapat lebih 500 OKU di daerah Lundu yang masih belum menerima vaksin.-EDISI UKAS