JPBB Miri Lawat PPV IKBN, Cadang Tambah Kapasiti Penerima Vaksin COVID-19

AHAD, 4 JULAI 2021

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri pada Sabtu. 

Lawatan itu diketuai Menteri Bertanggungjawab JPBB Miri Datuk Lee Kim Shin bersama Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak Sophian Isswandy Ismail.

Dalam lawatan itu, JPBB Miri bercadang menambah kapasiti vaksin di PPV IKBN Miri dari 800 dos kepada 1,500 dos.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Bahagian, Jabatan Kesihatan Bahagian Dr. P. Raviwharmman Packierisamy dan Pegawai Pejabat Residen Bahagian Miri Rose Edward Tarang. -EDISI UKAS

Share
0

add comment