JPBB Miri Tinjau Persediaan Enam PPVIN

AHAD, 4 JULAI 2021

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) yang diketuai Menteri Bertanggungjawab Datuk Lee Kim Shin telah mengadakan tinjauan ke enam Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPIN) pada Sabtu.

Antara PPVIN yang dilawati ialah PPVIN Emart Riam, PPVIN Miri Port, PPVIN Shin Yang, PPVIN PETRONAS, PPVIN Sarawak Oil Palms Lambir dan PPVIN Woodman. 

Sehingga Jumaat, sebanyak lima buah PPVIN telah diluluskan oleh CITF Sarawak iaitu PPVIN Emart Riam, PPVIN Miri Port, PPVIN Oil and Gas Lutong, PPVIN Saremas dan PPVIN SOP Lambir.

Turut sama mengiringi ialah Penasihat COVID-19 Immunisation Task Force Sarawak (CITF) Sarawak Datuk Stephen Mundaw, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak Sophian Isswandy Ismail, Pemangku Residen Bahagian Miri Jamalie Busri dan agensi-agensi di bawah JPBB Miri. -EDISI UKAS

Share
0

add comment