Pasar Tani Bau Dibenarkan Beroperasi Semula

SABTU, 3 JULAI 2021

BAU:  Majlis Daerah Bau telah membenarkan Pasar Tani Bau beroperasi semula mulai 1 Julai lepas, dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan.

Namun, menurut Setiausaha Majlis Daerah Bau, Simon Wong Hong Yong, hanya penjaja yang berdaftar dan mempunyai permit dengan Majlis Daerah Bau sahaja dibenarkan untuk beroperasi di Pasar Tani Bau.

Jelasnya, waktu operasi yang dibenarkan juga adalah dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang. -EDISI UKAS