AHAD, 4 JULAI 2021
PADAWAN: Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah Kecil Padawan Julius Scott yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemberian Vaksin Daerah Kecil Padawan telah melakukan lawatan dan pemantauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bunuk bagi melihat sendiri perjalanan proses pemvaksinan yang dilaksanakan pada Sabtu.
Beliau dimaklumkan bahawa seramai 280 orang daripada penduduk Kampung Punau telah menerima vaksin bagi dos pertama.
Dalam tinjauan tersebut beliau mendapati proses berjalan dengan lancar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Turut hadir mengiringi Setiausaha Sulit kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Datuk Dr. Jerip Susil -EDISI UKAS