AHAD, 4 JULAI 2021
BAU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Bau mula meningkatkan jumlah pemberian dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada penduduk dari Bau.
Menurut Pengarah Hospital Bau, Dr. Jasmany, seramai 500 orang akan menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Sinovac, manakala 48 orang lagi akan melengapkan dos suntikan kedua vaksin jenis Pfizer BioNtech pada Sabtu.
“Setakat ini program berjalan dengan lancar dan tidak ada apa-apa yang berlaku dan melalui pemantuan kita juga tiada penerima vaksin mengalami alahan.
“Kita cuma beroperasi pada setiap Sabtu dan Ahad dan akan diteruskan sehingga selesainya program vaksinasi ini,” ujarnya.
Sementara itu, Goh Sing Teck, 37, yang menerima vaksin merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan di atas program tersebut.
Bagi Mises Gadong, 44, beliau tidak mengalami sebarang alahan dan turut menyeru kepada yang belum menerima vaksin agar mendaftar segera.-EDISI UKAS