SABTU, 3 JULAI 2021
KUCHING : Projek membina masjid baru di Taman Sri Wangi kini mencapai 60 peratus siap biarpun pelaksanaannya tergendala disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Oleh yang demikian, ia dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun hadapan.
Dengan adanya masjid baru itu kelak akan memudahkan penduduk setempat menunaikan ibadah dan melakukan aktiviti keagamaan. -EDISI UKAS