SABTU, 3 JULAI 2021
KUCHING : Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerkan (PKP) di negeri ini, rakyat dilihat semakin memahami dan sebati dengan kehidupan norma baharu yang dipraktikkan setiap hari bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.
Seperti di Pusat Penjaja Taman Desa Wira, Batu Kawa, pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) disitu telah diselia oleh Majlis Perbandaran Padawan (MPP), pada Sabtu.
Semua penjaja mahupun pengunjung kelihatan sentiasa berwaspada dan menjaga penjarakan fizikal antara satu sama lain sepanjang bersemuka bagi urusan pembelian.
Dimaklumkan, kadar caj sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap penjaja setiap hari, dan hanya satu laluan yang disediakan untuk pergerakan keluar dan masuk pusat berkenaan.
Inisiatif dan kerjasama sedemikian diharap dapat membantu kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 daripada terus merebak. -EDISI UKAS