AHAD, 4 JULAI 2021
KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Ceramah Komuniti bertajuk Pengenalan Pembangunan Lestari Kepada Masyarakat pada Isnin jam 10.30 pagi.
Dalam kenyataan medianya pada Sabtu, ianya dianjurkan menggunakan aplikasi Zoom di alamat https://www.pustaka-sarawak.com/…/index-event.php…
Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan, Universiti Malaysia Sarawak Dr. Florianna Lendai Michael akan berkongsi dan memberikan ceramah tersebut.
Pendaftaran adalah percuma dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pegawai Seranta Nurfatini di talian 0138044220 atau email: librarian@sarawak.gov.my. -EDISI UKAS