AHAD, 4 JULAI 2021
KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Pertandingan Video Singkat 2021 bermula pada 1 Julai hingga 30 Ogos 2021 dengan tema “Daun”.
Menurut kenyataan media pada Sabtu, pertandingan ini diadakan bersempena Festival Sarawakiana yang akan diadakan pada 1 hingga 30 September ini.
Antara objektif pertandingan ini ialah Memartabatkan adat, budaya dan tradisi masyarakat di Sarawak, memperkasakan koleksi kandungan digital tempatan dan memupuk minat dan kreativiti di kalangan masyarakat Sarawak khususnya dalam penerbitan video singkat.
Tambah kenyataan itu lagi, pertandingan ini terbuka kepada warga Sarawak dan mereka yang bermastautin di Sarawak sahaja.
Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat penyertaan sila imbas Kod QR pada poster pertandingan.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pegawai seranta Jassalini Jamain di alamat jassalij@sarawak.gov, Feizul Median di alamat mdfeizul@sarawak.gov dan Affendi Iezara di alamat affeniez@sarawak.gov.my. -EDISI UKAS