Sanitasi Awam Di Pasar Simanggang, Kekang Penularan COVID-19

AHAD, 4 JULAI 2021

SIMANGGANG: Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Simanggang mengambil inisiatif dengan menjalankan sanitasi awam melibatkan kawasan-kawasan bangunan kedai di Pasar Simanggang dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Kapitan Tay Yaw Ming berkata, program sanitasi itu telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sri Aman.

Jelasnya, seramai 12 orang sukarelawan terlibat dalam proses sanitasi awam berkenaan.

Turut berada di lokasi sebagai menyokong usaha Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Simanggang ialah ADUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis yang juga Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti. -EDISI UKAS