SABTU, 3 JULAI 2021
SRI AMAN : Perancangan pembangunan kawasan Simanggang yang dilihat bergerak menuju perubahan bakal memberi impak positif kepada rakyat.
Pada Jumaat, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis mengunjungi Jurutera Bahagian JKR Sri Aman, Ir Christopher George dan Jurutera Awam JKR Sri Aman, Michelle Kristie Felix, bagi membincangkan mengenai status pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.
Menurut Datuk Francis, ia melibatkan pembinaan akses jalan baru, pembinaan jambatan menuju tanah yang belum diterokai termasuk projek bekalan elektrik.
Menerusi perbincangan, beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada agensi pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta MDSA kerana telah mengambil tanggungjawab memainkan peranan sebagai agen pembangunan dengan merangka spesifikasi kerja bersesuaian dengan kehendak rakyat. -EDISI UKAS