ISNIN, 5 JULAI 2021
SERIAN : Seramai 158 buah keluarga yang menjalani kuarantin di Kampung Rimba Padi telah menerima bantuan bekalan makanan sumbangan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang.
Penyerahan disempurnakan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Kota Samarahan, Syahrizzal Arfandy Adam, pada Ahad.
Rubiah ketika dihubungi berharap sumbangan sedemikian sedikit sebanyak dapat memastikan penduduk cukup kelengkapan harian sepanjang kuarantin.
Dalam masa sama, beliau juga telah menerima makluman awal daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Serian (JPBBS) mengenai pelaksanaan Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) di kawasan tersebut.
Jelasnya, usaha sedemikian amat penting untuk merealisasikan imuniti secara kelompok dengan kadar segera. -EDISI UKAS