399 Penduduk Telah Divaksinasi Di Lingga

ISNIN, 5 JULAI 2021

LINGGA: Seramai 199 penduduk sekitar Lingga dan Seduku telah hadir bagi menerima vaksin jenis Sinovac bagi dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pejabat Daerah Kecil Lingga, pada Ahad.

Dimaklumkan, hari kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 1.30 petang itu, berjalan lancar dan selesai lebih awal dari hari sebelumnya.

Jumlah keseluruhan penduduk yang telah melengkapkan kedua-dua vaksin COVID-19 setakat ini berjumlah 399 orang. -EDISI UKAS