ISNIN, 5 JULAI 2021
LUNDU : Dianggarkan seramai lebih kurang 450 orang di daerah Lundu telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin COVID-19.
Tinjauan UKAS pada Ahad mendapati, suasana di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lundu agak lengang namun proses pelaksanaannya masih berjalan lancar.
Belia daerah Lundu, Abdul Muaisam Sahat ketika ditemubual menzahirkan rasa syukur dan teruja atas peluang yang diberikan kepadanya dan menggesa agar lebih ramai belia untuk terus mendaftarkan diri dan mendapatkan vaksin.
Selain itu, salah seorang penerima, Abdul Wafi juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan atas usaha memastikan seluruh rakyat mendapatkan vaksin bagi melindungi diri daripada COVID-19. -EDISI UKAS