ISNIN, 5 JULAI 2021
KUCHING : Prihatin dengan nasib 7 keluarga yang dilaporkan amat terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Bersama rombongan telah melawat ke rumah sewa milik keluarga berkenaan, pada Ahad.
Dalam lawatan itu, beliau menyaksikan penyerahan bantuan bekalan makanan yang disempurnakan oleh Pusat Khidmat Parti SUPP Batu Kitang bagi meringankan beban mereka yang telah hilang pendapatan untuk membeli barangan harian.
Lo Khere Chiang dalam masa yang sama memuji tindakan dan keprihatinan pemilik rumah yang tidak mengutip sewa sepanjang tempoh PKP kerana memahami keadaan keluarga terbabit -EDISI UKAS