9209 Penduduk Song Telah Divaksinasi

ISNIN, 5 JULAI 2021

SONG: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi Daerah Song telah berjaya memvaksinasi seramai 9209 orang setakat ini.

Daripada jumlah tersebut, 6650 orang telah menerima dos pertama manakala 2559 lagi telah melengkapkan dos kedua.

Program bagi fasa kedua dan ketiga itu masih diteruskan pada Ahad di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Rumah Rehat Kerajaan Daerah Song menyaksikan 300 lagi penduduk menerima suntikan dos pertama dan kedua.

Proses vaksinasi berjalan dengan lancar dengan penerima disarankan terus masih mematuhi SOP walaupun sudah melengkapkan pengambilan vaksin. – EDISI UKAS