ISNIN, 5 JULAI 2021
SRI AMAN : Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh melalui wakilnya telah menghulurkan sumbangan kebajikan kepada keluarga mendiang Swinglin daripada Rumah Wessley Bakak, Nanga Stamang, Engkari.
Datuk Malcolm berharap sumbangan yang dihulurkan itu sedikit sebanyak dapat membantu bagi pengurusan pengebumian jenazah mendiang. -EDISI UKAS