ADUN Batu Kitang Serah Bantuan Di Dua Lokasi Dibawah Kawasannya

ISNIN, 5 JULAI 2021

KUCHING: Prihatin dengan nasib rakyat di kawasannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang telah turun padang memberi sumbangan bantuan makanan kepada keluarga miskin tegar di perkarangan Batu 13 Jalan Kuching -Serian pada Sabtu.

Dalam lawatan tersebut, beliau juga melaksanakan program gotong-royong membaiki lorong yang masuk ke kediaman keluarga tersebut yang sering dilanda banjir.

Selepas itu, ADUN Batu Kitang meneruskan program penyerahan sumbangan bantuan kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching.

Beliau turut menyerahkan sumbangan berupa baju PPE, pelitup muka, cecair pembersih tangan, air minuman dan lain-lain kepada pusat tersebut. -EDISI UKAS