ADUN Simunjan Serah Sumbangan Melalui Program Ziarah UKAS

ISNIN, 5 JULAI 2021

SIMUNJAN : Seramai 50 orang golongan asnaf dari enam buah kampung akan menerima bantuan sumbangan bersempena Program Ziarah UKAS.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Sungai Apin, Kampung Pantong Iban, Kampung Pantong Melayu, Kampung Tanjung Harapan, Kampung Tanjung Pisang dan Kampung Selangking.

Sumbangan bagi Zon 3 Sungai Apin berupa bekalan makanan, pelitup muka dan cecair pencuci tangan itu telah diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris kepada setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk diagihkan kepada penerima, bertempat di Pusat Sumber Kampung Sungai Apin pada Ahad.

Memuji inisiatif UKAS, Awla berkata, sumbangan sedemikian amat diperlukan rakyat yang terkesan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Wakil-wakil penerima yang terdiri daripada Ketua Kaum, merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan berharap ia akan mengurangkan beban penduduk.

Program Ziarah UKAS dijalankan secara bersepadu dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Simunjan Bersama Pusat Khidmat PBB Cawangan Simunjan, JKKK Kampung Sungai Apin dan Ahli PBB Zon 3 Sungai Apin.

Turut hadir Pegawai Daerah Simunjan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manap, Timbalan Ketua PBB Cawangan Simunjan, Bojeng Ali, Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Simunjan, Rosita Poni, Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Simunjan, Mohamad Alsaqaf Mohd Jaafar, Ketua PBB Zon 4 Rangawan, Rafendy Ariffen serta Ketua Kaum Kampung Sungai Pain, Mahdi Nasawi. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia