JPBB Miri Tinjau Persediaan PPVIN Saremas, Program Vaksinasi Bermula 8 Julai Ini

ISNIN, 5 JULAI 2021

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri berusaha memastikan 80 peratus Imuniti Kelompok Daerah Miri berjaya dicapai menjelang Ogos ini.

Sehubungan itu, JPBB Miri telah berusaha menambah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) serta menaik taraf kemudahan sedia ada bagi kemudahan orang ramai yang menerima vaksin COVID-19 dos kedua bermula bulan ini. 

Pada Ahad, JPBB Miri dan COVID-19 Immunisation Task Force Sarawak (CITF) telah meninjau salah satu PPVIN Saremas yang dicadangkan di Miri. 

Lawatan itu telah diketuai Penasihat CITF Sarawak Datuk Stephen Mundaw bersama dengan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak Sophian Isswandy Ismail, Pemangku Residen Bahagian Miri Jamalie Busri dan semua ketua jabatan agensi di bawah JPBB Miri. 

Ini sebagai persiapan PPIV Saremas yang akan memulakan Program Vaksinasi bermula 8 Julai 2021. -EDISI UKAS

Share
0

add comment