ISNIN, 5 JULAI 2021
SRI AMAN : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencapai sasaran dengan melengkapkan dos vaksin kepada seramai 500 orang di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Pantu, setakat hari kedua pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan disitu, pada Ahad.
Ia membuktikan tahap kesedaran masyarakat mengenai program tersebut amat baik dan suntikan vaksin COVID-19 sememangnya diyakini selamat.
Pemberian vaksin dos kedua jenis Sinovac telah diberikan kepada penerima dan rata-rata melahirkan rasa syukur atas peluang yang diberikan oleh kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Sepanjang perjalanan program, anggota Polis, RELA dan JPAM turut menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam mengawal pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di PPV tersebut bagi membantu para petugas kesihatan menjayakan proses pemberian vaksin.
Penerima juga memberi kerjasama sepenuhnya serta hadir tepat pada masa temujanji yang ditetapkan. -EDISI UKAS