Pekan Lubok Antu Kini Lengang, Penduduk Semakin Berwaspada

ISNIN, 5 JULAI 2021

SRI AMAN : Tinjauan UKAS di Pekan Lubok Antu pada Ahad mendapati, premis-premis yang selalunya pada hujung minggu akan dibanjiri pengunjung tempatan, kini lengang dan sunyi.

Premis menjual makanan dan minuman hanya menyediakan pekhidmatan bungkus bawa balik sahaja untuk pelanggan.

Ia menunjukkan tahap kesedaran orang ramai terhadap pematuhan kepada arahan yang ditetapkan kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), untuk menghadkan pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19. -EDISI UKAS