ISNIN, 5 JULAI 2021
KUCHING: Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pasar Sungai Maong, Batu 3 telah diselia oleh pihak Majlis Perbandaran Padawan (MPP), pada Ahad.
Ia merangkumi kawalan jumlah kemasukkan ke dalam pasar basah berkenaan dalam satu-satu masa yang mana tag nombor disediakan kepada setiap pelanggan.
Didapati keseluruhannya berada dalam keadaan terkawal dan teratur yang mana setiap penjaja mahupun pengunjung masing-masing dilihat peka dengan penjarakan fizikal serta SOP penjagaan diri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pasar Sungai Maong dibuka setiap hari dengan keadaan terkawal dan teratur termasuk beberapa perniagaan yang dibuka di kaki lima. -EDISI UKAS