Proses PPV Dewan Masyarakat Tebedu Bergerak Pantas

ISNIN, 5 JULAI 2021

SERIAN: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ketiga bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dan Kedup bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu, diteruskan pada Ahad.

Pemberian vaksin bagi dos kedua jenis Sinovac itu melibatkan seramai 471 penerima dari Kampung Payau Achau, Kampung Payau Mawang, Kampung Mayang Kawan, Kampung Lobang Batu Lin dan Kampung Reteh Karas.

Kerjasama yang baik daripada semua petugas kesihatan termasuk anggota Polis, RELA, APM serta Sukarelawan dari Pusat Khidmat Tebedu dan MYVAC itu telah menjayakan program berkenaan.

Dimaklumkan, proses vaksinasi pada hari tersebut yang bermula dari jam 8 pagi berjalan dengan lancar dan pantas sehingga mampu diselesaikan sebelum jam 2 petang. -EDISI UKAS