Proses Vaksinasi Di Lingga Meningkat, Lagi 214 Orang Divaksinasi

ISNIN, 5 JULAI 2021

LINGGA: Proses pemvaksinan di Lingga terus menunjukkan peningkatan dengan seramai 214 orang lagi divaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pejabat Daerah Kecil Lingga pada Isnin.

Daripada jumlah penerima tersebut, seramai 18 orang menerima dos pertama vaksin, manakala seramai 196 orang lagi melengkapkan proses vaksinasi.

Sementara itu, tinjauan yang dilakukan juga mendapati setiap penerima vaksin telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Para penerima juga vaksin merakamkan penghargaan kepada kerajaan yang menyediakan vaksin secara percuma dalam usaha mencapai imuniti kelompok menjelang hujung Ogos depan. -EDISI UKAS