ISNIN, 5 JULAI 2021
KUCHING: Pusat Khidmat N9 Padungan menyampaikan bantuan makanan Sarawakku Sayang kepada ‘Sarawak Society for Deaf’ dan Pibakat baru-baru ini.
Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pemanca Dato John Tiong dengan kerjasama pasukan sukarelawan iaitu sebanyak 50 pek kepada ‘Sarawak Society for Deaf’ manakala 51 pek kepada Pibakat.
Penerima bantuan merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak atas sumbangan yang diberikan terutamanya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan. –EDISI UKAS