ISNIN, 5 JULAI 2021
BAU: Seramai 29,373 atau 61.4 peratus orang penduduk daerah Bau telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 setakat 3 Julai lepas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep memberitahu, dijangka 18,453 orang lagi menerima suntikan dos pertama vaksin dan jumlah keseluruhan penerima vaksin di daerah tersebut adalah seramai 47,826 orang.
“Kita memerlukan 19 hingga 21 hari untuk mencapai 100 peratus pemberian dos pertama sebelum Ogos.
“Ini adalah satu pencapaian yang memberansangkan dan kita telah membuka satu lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu di Hospital Bau,” katanya ketika ditemui pada Ahad
Tambah beliau, PPV tersebut dibuka pada Sabtu dan Ahad sahaja susulan daripada hospital beroperasi seperti biasa dari Isnin hingga Jumaat.
“Sebanyak 500 dos akan diberikan pada Sabtu dan 500 juga pada Ahad,” tambahnya lagi. –EDISI UKAS