ISNIN, 5 JULAI 2021
LUNDU: Seramai 50 orang di DUN Opar menerima bantuan daripada Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Ahad.
Penerima bantuan adalah terdiri daripada 48 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada Kampung Sedaing, Kampung Tebaro dan Kampung Temaga.
Simbolik penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lundu merangkap Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani kepada wakil penerima.
Dalam pada itu, para penerima ketika ditemui merakamkan penghargaan kepada pihak UKAS atas sumbangan yang diberikan. –EDISI UKAS