ISNIN, 5 JULAI 2021
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima sumbangan berjumlah RM2 juta daripada Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) untuk Tabung Bencana Negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Isnin.
Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah LCDA merangkap Pengerusi LCDA Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain telah menyerahkan cek sumbangan berkenaan dalam usaha LCDA membantu kerajaan Sarawak menguruskan pandemik COVID-19.
Hadir sama adalah Pengurus Besar LCDA, Monaliza Zaidel. -EDISI UKAS