SELASA, 6 JULAI 2021
REPOK: Seramai 43 Ketua Isi Rumah (KIR) di Rumah Panjang Tapoi, Bulat yang mula menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima bantuan makanan asas sumbangan ADUN Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.
Simpati dengan nasib 179 keluarga terlibat, Dato’ Sri Huang turut turun padang membantu kerja-kerja agihan bantuan itu pada Selasa bagi memastikan penduduk terkesan menerima bantuan itu dengan segera.
Beliau dalam pada itu mengingatkan semua penduduk untuk terus mematuhi prosedur penghantaran sumbangan di dalam kawasan yang dikenakan PKPD.
Sementara itu, tuai rumah selaku mewakili para penerima merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ADUN Repok di atas sumbangan berkenaan.
Rumah Panjang Tapoi, Bulat telah dikenakan PKPD selama 17 hari bermula 6 Julai 2021 hingga 22 Julai 2021. – EDISI UKAS